Ahli Dewan Undangan Negeri N.48 Sukau

SukauTV

ADUN Sukau wajar diberikan peluang menjadi ahli kabinet negeri Sabah!

Datuk Aklee Hj Abbas
Datuk Dr Zaki  Hj Gusmiah
Azman Mastar
Ustaz Ridwan Baharun


Rakyat termasuk kalangan pemimpin veteran Umno di sini mengesyorkan agar Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau, Datuk Saddi Haji Abdul Rahman dapat disenaraikan sebagai salah seorang anggota Jemaah menteri dalam senarai kabinet baharu  Sabah kali ini.

Mantan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Aklee Haji Abbas berkata, peluang untuk menyenaraikan Datuk Saddi wajar kerana beliau bukan saja dapat mewakili kepentingan masyarakat luar bandar di sini bagi menyerlahkan perubahan pembangunan, tetapi juga mengisi peluang masyarakat ‘orang Sungai’ di Sabah.

“Di tambah lagi dengan kemenangan majoriti mencapai lebih dua kali ganda dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 lepas iaitu 4,419 undi,  membuktikan wakil rakyat ini sudah diterima rakyat khususnya kalangan pengundi muda di kawasan itu,” katanya.

Maka kalau di masa yang lepas, kata Aklee, wakil rakyat mewakili kawasan ini diberi tempat sebagai Pembantu Menteri, tidak salah kali ini Saddi diberi peluang menjawat jawatan menteri penuh diberikan, sebagai membalas sokongan rakyat kawasan ini sebagai salah satu kuat Barisan Nasional (BN), di Sabah.

Syor itu turut dipersetujui mantan Adun Sukau dan Pembantu Menteri, Datuk Dr. Zaki Haji Gusmiah dengan mensifatkan Saddi sebagai tenaga muda yang sudah tentu mampu menggalas tanggungjawab dalam membantu membangunkan rakyat termasuk Dun Sukau.

“Saya fikir kalau beliau diberikan peluang menggangotai jamaah menteri negeri misalnya, peluang itu sudah tentu menjadi satu sejarah yang sebenarnya ditunggu-tunggu oleh rakyat Sukau dan Kinabatangan, “ katanya.

Katanya, sokongan padu yang begitu kuat diberikan oleh masyarakat luar bandar termasuk di Dun Sukau dan Kinabatangan kepada BN pada PRU 13, kata Dr. Zaki perlu mendapat ganjaran itu bagi memberikan dn semangat kepada rakyat di sebelah Pantai Timur Sabah.

Untuk rekod, kedua-dua mantan wakil rakyat Dun Sukau ini memberikan sumbangan besar dalam membantu menjayakan kempen Saddi sepanjang  PRU 12 dan PRU 13.

Sebelum dua wakil rakyat itu, Kolnah Ghani pernah menjawat jawatan Pembantu Menteri Kebajikan Masyarakat,  sebelum jawatan yang sama turut disandang oleh Saman Ghulam.

Naib Ketua Umno Bahagian Kinabatangan merangkapkan Timbalan Pengarah Pilihanraya kawasan itu pada PRU 13, Azman Haji Mastar berkata, peranan membantu memajukan kawasan seluruh Kinabatangan dan sekitarnya dapat diperhebatkan jika Saddi diberikan peluang ke kabinet negeri.

Pengerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kinabatangan, Awang Ahmad Haji Ongkang berkata, harapan wakil rakyat itu menunaikan blue print pembangunan Dun Sukau termasuk menjayakan pembangunan dalam Pekan Baru Sukau, Bandar Bio Diversiti sebagai pusat pentadbiran dan ekonomi kawasan itu tujuh tahun dari sekarang akan jadi kenyataan.

“Saddi telah berupaya melepasi kriteria  sebagai  ‘calon boleh menang’ (winible candidate) dalam PRU 13, berasaskan kerjasama parti dan sokongan rakyat.

“ Namun dengan kepercayaan diberikan, wakil rakyat ini boleh menyerlahkan lagi bakat dan peranan beliau termasuk dalam membantu menjayakan lanskap kepimpinan dan pembangunan negeri, semata-mata menghargai rakyat kawasan ini,” kata Awang Ahmad  yang menyifatkan pendekatan drastik membangun Sukau,  boleh diadaptasi  Saddi bagi menjayakan visi dan misi  Halatuju Pembangunan Sabah yang diilhamkan Ketua Menteri 10 tahun lalu, ke arah menjadikan Sukau sebahagian negeri maju pada tahun 2020.

Seorang lagi bekas calon PAS dalam PRU ke 11 lalu yang kini menjadi Ketua Anak Negeri dalam Dun Sukau, Ustaz Ridwan  Baharun berkata, peluang yang diberikan kepada Datuk Saddi menggangotai kabinet boleh menyemarakkan semanagat anak-anak muda di kawasan luar bandar Pantai Timur Sabah untuk memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN pada masa depan.

“Pada saya dari segi pendidikan, malah  pengalaman sebagai Penolong Pegawai Daerah dan wakil rakyat satu panggal, selain keupayaaan Saddi menjadi Pengerusi beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dalam tempoh itu,  ditambah serius dan tekitinya beliau dalam menjalankan tanggungjawab, Datuk Saddi wajar diberi peluang menyertai kabinet baru  negeri kali ini,” katanya yang mensifatkan kecenderungan wakil rakyat itu mempengaruhi golongan muda menyokong BN sejak menjadi wakil rakyat,  bukti kemenangan besar beliau baru-baru ini.

Pemimpin masyarakat yang juga Bekas Ketua Daerah dalam kawasan Dun Sukau pada zaman PBS, Halik Datu OKK Ogi berkata, semangat bekerja dengan rajin dan tekun, serta bersikap menghormati rakyat sudah dimiliki oleh Saddi melayakkan beliau untuk diberi peluang menggangotai kabinet.

“Dari segi stail kepimpinan dan disiplin bekerja dia (Saddi) sudah memilikinya, maka saya penuh percaya beliau mampu memikul tanggungjawab jika diberi kepercayaan dan peluang” kata Halik.